Wednesday, February 25, 2009

Wasiat Mohd Noor Bin Yakub

Wasiat

Mohd Noor Bin Yakub
Nombor Kad Pengenalan 300816-03-5025 (2235150)

Catitan bertulis semula ke atas wasiat rakaman video yang ayahanda Mohd Noor Bin Yakub (300816-03-5025) bersama anak sulung beliau Mohd.Johar Bin Mohd Noor (520426-02-5133) adalah seperti berikut:-

Assalamualaikum waruhmatullahi wabarukatuh!

“Bahawa saya hendak bagi tahu pada waris-waris yang dihormati sekelian. Sekiranya saya mati, encik Mohd Johar sebagai wakil saya. Mohd Johar terimalah wasiat ini. Sekiranya (ayah) mati harta kepunyaan ayah ini uruskan yang mana padan patut jual !!!jual. Yang mana yang orang hutang dekat ayah tolong kutip hutang itu. Yang ada ayah hutang orang pula tolong jelaskan hutang itu. Yang mana boleh jual !!! (jual harta ayahanda untuk jelaskan hutang) dan lepas itu baru kebumi ayah..Anak-anak ayahanda sekelian jangan buat bantahan apa-apa ke atas perkara tersebut. Hari ini Dua Puluh Enam haribulan (hari) Jumaat. (26-1-2001) Bersama ini encik Johar bersama ayah dan wasiat ayah kepada anak-anak ayah sekelian. Dan juga isteri-isteri ayah Che Sopiah, Hajah Rahmah Haji Awang dan Siti Rahmah Othman dan Haji Harun , Che Hapsah patuhlah wasiat saya ini. Harta saya jual bayar hutang. Orang yang berhutang Johar boleh kutip semua. Orang berhutang ayah, Johar kutip dan ayah yang berhutang Johar boleh bayar. Barulah kebumi ayah. Kalau tidak ayah tak izin kebumi.”

Sekian. Terima kasih.

Wassalamualaikum waruhmatullahi wabarukaatuh.

Wasiat ini dirakam video pada hari Jumaat 26 haribulan Januari 2001.

Layari rakaman video wasiat ayahanda pada halaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=k7ZD7hmi-aY


Kebaikan Wasiat Ayahanda.

1. Ayahanda telah memberi ini wasiat untuk memudahkan bukan merumitkan.

2. Ayahanda seorang yang buta huruf dan tidak tahu menulis dan membaca, sebab itu ayahanda mengarahkan kepada saya untuk merakam video suara dan gambarnya untuk kemudahan bagi membuktikan kesahihan wasiat beliau.

3. Tujuannya untuk menyatukan seisi keluarga kembali seperti ayahanda masih hidup.


4. Memberi peluang pada diri kita untuk memperbaiki diri kita ke atas peselisihan faham seisi keluarga yang menyebabkan diri kita berdosa besar dan kesempatan diri kita bertaubat pada Allah Subhanahu wata’ala, apabila diri kita berdamai seperti ayahanda masih hidup. Yang mana ingin maju bertambahlah maju dalam bidang perniagaan, pertanian, perusahaan dan sebagainya untuk mengabdikan diri dan beriman pada Allah Subhanahu wata’ala.

5. Berma’afan dengan keampunan serta pembaharuan ikatan silaratul rahim yang lebih mantap.

6. Tiada siapa dipigirkan atau di abaikan akan tanggung jawab masing-masing untuk berkongsi rezeki pemberian Allah Subhanahu wata’ala.

7. Hidup dengan aman damai dengan terhapusnya hutang sesama kita.

8. Ayahanda disemadikan dengan aman disisi Allah Subhanahu wata’ala.

9. Dan lain-lain kebaikan yang kita boleh fikirkan bersama.


Matlamat wasiat ini.


1. Matlamat wasiat ini adalah untuk menyatukan keluarga di bawah seorang pemimpin yakni ketua keluarga (wakil ayahanda), yang taat setia dan beriman pada perintah tuhan dan semua pihak, seisi keluarga turut sama berbuat demikian.

2. Apabila semua pihak, seisi keluarga bersatu padu dapatlah wakil ayahanda sebagai pemengang amanah menjalankan tugas seperti ayahanda masih hidup untuk meneruskan perniagaan yang sedia ada agar semua pihak berjaya dalam meningkatkan keimanan diri mereka yang senantiasa berpandukan dengan nawaitu ‘Lillahita’ala’ (kerana Allah S.W.T.) yang menjadi esa dalam segala amalan kita. Segala zakat yang wajib dikeluarkan dan dapatlah disalurkan pada pihak yang berwajib (kerajaan) untuk dilaksanakan pada sekelian yang memerlukan bantuan.

3. Dengan itu saya membuat pengakuan yang benar bahawa ayahanda saya Mohd Noor Bin yakub bersama saya Mohd.Johar bin Mohd Noor dalam rakaman video pada hari Jumaat 26 haribulan, Januari 2001 mewasiatkan kepada saya, Mohd.Johar Bin Mohd Noor (520426-02-5133) sebagai wakil ayahanda dan pemegang amanah ke atas seisi keluarga ayahanda. Adalah benar akan hasrat ayahanda melantikkan saya sebagai wakilnya untuk menjaga waris-waris dan keluarga beliau seperti mana beliau masih hidup dengan aman dan sejahtera.


Dengan itu saya menerima akan wasiat ayahanda itu dengan Lillahitaala. (kerana Allah Subhanahu Wa Ta’ala.)

Diikrar oleh,
MOHD.JOHAR BIN MOHD NOOR, K/P No: 520426-02-5133 / 4718938